Mungkin ni sambungan post sebelum. Aku tak tahu nak story kat siapa lagi. Kat sini jelah tempat aku nak luahkan. Kadang-kadang rasa tertipu dengan student u yang datang ke sekolah masa aku sekolah menengah, masa matrik, diorang boleh kata masuk universiti ni lagi best dari duduk sekolah. Aku tak rasa pun keseronokan tu. Macam indah khabar dari rupa. Rasa nak balik rumah. Lupakan benda semua ni :'(
Nasib baik ada juga yang prihatin kat aku. Member-member kat sini, diorang kalau jumpa aku selalu pesan suruh rehat, jangan terlampau busy sangat. Tapi tu la. Kerja semua nak kena siapkan. Selagi tak siap selagi tu lah hati aku tak tenang. Ada je benda yang nak pikir. Aku harap habis Minggu Keusahawanan dengan NYES ni cukup lah. Aku nak diam je lepas ni.
Anda Orang Ke?
Friday, 16 October 2015
Beban
Salam Jumaat semua. Untuk yang bergelar lelaki bawa-bawalah diri tu ke masjid ye. Aku sebenarnya penat wei dengan program-program semua ni. Niat tu ada nak pegang jawatan atau terlibat untuk program tapi tak tahu pulak kesibukan dia mengalahkan semua benda sampai badan tak cukup rehat. Aku tau semua orang akan fight kan nak duduk kolej. Tapi kalau kita tak sertai certain-certain program memang dia sukati je ke campak kita? Aku ada tanya senior tahun 3 ni. Dia sama kolej ngan aku. Dia tak aktif pun program kolej tapi rezeki dia dapat stay. Dia kata masa dia first year semua orang boleh stay je, tak tahu time aku jadi camni. Rasa terbeban wei dengan semua ni. Tapi bila aku asyik fikir je jadi masalah jugak. Sebab tu pun boleh membebankan aku. So, aku fikir positif je la. Bukan aku je yang rasa terbeban macam ni. Maybe semua pelajar tahun 1 yang fight nak duduk kolej akan rasa la. Mana nak bahagi masa untuk kolej, untuk kelas, assignment lagi, citra pulak. Ni pulak nak exam midsem. Lagi pening. Orang kata first year ni la kena jaga pointer. Dah tu macamana? Aku pernah tanyalah akak-akak abang-abang yang ada jawatan ni, camne diorang handle? Mesti jawapan cliche la. Pandai bahagi masa. I know la kena pandai atur masa. Contoh la, korang dah seharian kelas, meeting sampai malam. Then balik sambung study. Tidur lambat. Kelas pagi. Tak mengantuk ke? Persoalan tu lah sampai sekarang tak terjawab. Kadang-kadang aku pelik orang yang tak mengantuk dalam kelas ni even tidur awal sekalipun.
Boleh dikatakan aku setiap masa kena rush. Setiap malam, kalau aku takde kat bilik tu normal. Memang tak jumpa la aku kat bilik kalau sebelum pukul 12 malam. Kadang-kadang aku habis kelas citra malam sambung pulak meeting biro. Aku bawah Biro Keusahawanan terpilih untuk jawatan Timbalan Pengerusi. Program terdekat ni Minggu Keusahawanan bulan 11 ni. Tu yang meeting je memanjang. Lepastu tak pasal-pasal boleh terpilih pulak Timbalan Pengarah 2 untuk NYES sem 2 nanti. Terbeban gila rasa. Kadang-kadang rasa nak tarik diri, tapi bila fikir aku nak belajar handle program besar camni. Tak boleh nak tarik diri. Tapi tu la, aku tak dapat adapt lagi dengan benda-benda kat sini. Masa pun tak teratur lagi. Aishh. Pening-pening. Siapa-siapa bolehlah beri nasihat kat aku :'(

Subscribe to:
Comments (Atom)