Anda Orang Ke?

Saturday, 21 November 2015

Serba Salah

Bila busy camni, buatkan aku teringat balik masa sekolah menengah waktu Form 4. Aku rasa waktu tu zaman kegemilangan aku dimana tahun yang aku jarang masuk kelas disebabkan pergi kem and tahun tu jugak banyak anugerah aku dapat deisebabkan akademik. Bukan la nak riak. Tapi cuma nak tayang semula. Aku pun tak tahu, waktu tu aku boleh bahagikan masa aku pergi kem. Balik penat, tapi still boleh berjaga and bangun awal. Sekarang, aku rasa longgar betul waktu study aku. Rasa bersalah jugak ngan mak ayah aku. Harapan diorang tinggi sebab setakat ni aku sorang yang lepas masuk u, mungkin takde rezeki lagi untuk kakak aku. Aku sentiasa kan yang terbaik untuk adik beradik aku and my parents also. Setiap hari mesej mintak tolong mak ayah aku doakan terbaik untuk aku.
Aishh. Malam ni sesi luahan pula. Haha. Bye ;-)

Emosi

Jam dah menunjukkan pukul 2 pagi. Masih lagi bertapa di PTSL. Ini semua disebabkan study last minute. Esok exam mikroekonomi.
Kenapa tak study kat bilik? Sebab kat bilik banyak dugaan. Dengan katil asyik memanggil. Memang tak boleh. Perkara lagha banyak kat bilik.
Balik pada tajuk, Emosi. Minggu ni minggu yang paling tough bagi aku. Ngan minggu depan. Sebab satu, exam and program, Minggu Keusahawanan. Esok start dah perkampungan. Tapi bagi aku perkampungan untuk Minggu Keusahawanan tu dah start lama dah. Dah nak dekat seminggu aku berjaga sampai 3,4 pagi kat Bilik Sumber Melur, KAB untuk buat persiapan Minggu Keusahawanan plus study untuk exam.
Tapi memang minggu yang aku rasa semua stress. Sampai emosi pun semua tak stabil. Dengan tidur tak cukup. Aku harap sangat dengan pengorbanan semua ni adalah hasil nanti. InshaAllah.
Dan dalam minggu ni juga la aku rasa aku jadi pendengar masalah orang. Tak jadi masalah pun. Sebab aku boleh dengar pengalaman dorang. And disebabkan tu aku boleh jadi kuat sebab aku rasa bukan aku sorang yang busy. Semua sama.
*To all my fellow friends, jangan merungut dengan perkara camni. Think positive and keep strong ;-)