Mungkin ni sambungan post sebelum. Aku tak tahu nak story kat siapa lagi. Kat sini jelah tempat aku nak luahkan. Kadang-kadang rasa tertipu dengan student u yang datang ke sekolah masa aku sekolah menengah, masa matrik, diorang boleh kata masuk universiti ni lagi best dari duduk sekolah. Aku tak rasa pun keseronokan tu. Macam indah khabar dari rupa. Rasa nak balik rumah. Lupakan benda semua ni :'(
Nasib baik ada juga yang prihatin kat aku. Member-member kat sini, diorang kalau jumpa aku selalu pesan suruh rehat, jangan terlampau busy sangat. Tapi tu la. Kerja semua nak kena siapkan. Selagi tak siap selagi tu lah hati aku tak tenang. Ada je benda yang nak pikir. Aku harap habis Minggu Keusahawanan dengan NYES ni cukup lah. Aku nak diam je lepas ni.
No comments:
Post a Comment