Anda Orang Ke?

Friday, 9 October 2015

Trouble !

Selamat pagi Jumaat. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur :)
Dah sebulan lebih aku kat UKM ni tapi aku still rasa nak balik rumah. Aku pun tak tahu kenapa sebab sebelum ni aku okay je duduk jauh dari keluarga and bukan nak berlagak tapi aku tak pernah la menangis homesick ni. Tapi bila kat sini, semua benda ni aku dapat rasa. Minggu lepas, sebelum aku pergi HuPA. Boleh dikatakan setiap hari aku menangis sebab stress. Tak termasuk bila aku call mak aku. Asyik cakap nak balik je. Tapi bila mak aku kata dia risau, aku pulak yang serba salah. Tapi tu la, aku rasa lonely kat sini and one more thing bila jawab tutorial. Seriously talk, aku rasa macam bodoh sangat. Macam tak pernah belajar even benda basic je. Dan disebabkan itu la aku rasa macam nak give up. Haihh, taip ni pun rasa nak menangis :'( Aku risau la nak exam dah ni dan ada certain subject tu aku tak paham. Aku tak tahu memang semua orang yang first time masuk uni akan rasa macam ni atau tidak. Tapi aku risau tak dapat nak adapt benda-benda kat sini.
Alhamdulillah minggu ni tak busy macam minggu lepas. Adalah masa jugak untuk aku study sikit. Budak aras aku ramai yang kata muka aku la yang paling jarang ada kat bilik. Aku pun rasa macam tu.
Tapi aku cuba fikirkan semua tu dari sudut yang positif. Aku sentiasa remind kat kepala otak ni, kau kena bersyukur. Setiap hari aku akan kata macam tu supaya aku tak mengeluh. Semakin okay. Sekarang takde lah nak menangis setiap hari tapi lonely tu tetap ada. Aku ada kawan tapi aku tetap rasa kosong. Yang tu la sebab sampai sekarang aku tak tahu.
Yeah, I'll try my best!

No comments:

Post a Comment